Beberapa persatuan orang Cina dan syarikat Thailand serta oarang perseorangan hari ini ke Kedutaan Besar China di Thailand untuk menyumbang derma ke kawasan-kawasan selatan China yang dilanda bencana salji.
Ketua-ketua syarikat dan persatuan orang Cina di Thailand tersebut menyumbang 2.6 juta yuan RMB dan sejuta Baht kepada Duta Besar China ke Thailand, Zhang Jiuhuan. Seorang dermawan Cina Tom Liang dan isterinya secara peribadi menyumbang sejuta Baht.
Zhang Jiuhuan telah mengucapkan terima kasih terhadap sumbangan derma oleh pelbagai pertubuhan dan perseorangan di Thailand.
|