Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi China, Encik Zheng Guoguang menyatakan bahawa cuaca sejuk di kawasan selatan China akan menjadi reda dalam tempoh seminggu akan datang. Ini amat baik bagi kerja penyelamatan bencana salji.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Beijing hari ini. Di kebanyakan kawasan selatan China, salji dan hujan tidak akan turun dalam tempoh seminggu akan datang. Beliau mencadangkan pelbagai kawasan bencana mengambil kesempatan itu untuk memulihkan bekalan arang batu, elektrik dan minyak serta penghantaran bantuan.
|