Bencana salji tebal yang melanda beberapa kawasan selatan China mula reda. Naib Ketua Bahagian Penyelamatan Bencana Kementerian Hal Ehwal Awam China, Pang Chenmin semasa diwawancara oleh wartawan CRI berkata, bekalan elektrik dan pengangkutan di beberapa kawasan yang dilanda bencana semakin pulih. lebih 700 ribu baju tebal dan selimut yang disediakan oleh tentera akan dihantar sampai ke kawasan bencana esok.
Menurut beliau, Kementerian Hal Ehwal Awam China akan terus menyediakan bantuan dalam bentuk kewangan dan barangan bagi menangani bencana dan berusaha sedaya upaya untuk memastikan kehidupan penduduk yang terlibat tidak terbiar.
|