v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

China Berusaha untuk Tingkatkan Kehidupan Rakyat dan Dorong Pewujudan Masyarakat yang Harmoni

2008-02-04 16:45:37 CRI

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, kerajaan China telah mengeluarkan beberapa dasar dalam bidang perubatan, jaminan bantuan bagi orang tua, pendidikan, penginapan dan masalah yang menjadi perhatian umum di China. Dasar-dasar ini telah memperbaiki kemudahan perubatan bagi orang awam, meningkatkan pencen, menyediakan pendidikan secera percuma kepada pelajar di peringkat sekolah rendah dan menengah, menjamin tempat tinggal bagi keluarga miskin dan lain-lain. Kesemua tindakan tersebut telah meningkatkan taraf kehidupan rakyat dan mendorong pewujudan masyarakat yang harmoni di China.

Sehubungan dengan masalah perubatan, kerajaan China telah berusaha untuk mendorong penubuhan sistem pusat perubatan di kawasan kediaman. Contohnya, sebanyak hampir 300 buah "jaring kesihatan 15 minit" telah ditubuhkan di bandar Nanchang, provinsi Jiangxi, tengah China pada tahun 2007. Penduduk di bandar itu boleh sampai ke pusat perubatan di kawasan kediaman mereka dengan berjalan kaki dalam tempoh 15 minit.

Encik Fang Wen, 54 tahun, penduduk bandar Nanchang memberitahu wartawan bahawa: "Mudah sekali berjumpa doktor di pusat perubatan di kawasan kediaman saya. Hanya dua tiga minit saya pun sampai ke pusat itu, memang dekat. Perkhidmatan yang diberikan oleh mereka adalah baik. Nombor telefon pusat itu diumumkan di pintu besar kewasan kediaman. Doktor boleh datang ke rumah saya sekiranya saya minta bantuan melalui telefon."

Selain itu, kerajaan China juga memberikan perhatian untuk menjamin kehidupan orang tua. Di China, kini terdapat lebih 40 juta orang tua yang bersara dari syarikat perusahaan dan pendapatan mereka adalah rendah kalau berbanding dengan orang bersara dari jawatan kerajaan. Beberapa tahun kebekalangan ini, kerajaan China telah meningkatkan pencen orang tua daripada golongan tersebut untuk menjamin kehidupan mereka. Jurucakap Kementerian Buruh dan Jaminan Sosial China Encik Yin Chengji menyatakan bahawa kerajaan China akan terus meningkatkan tahap pencen asas orang yang bersara dari syarikat perusahaan. Beliau berkata: "Pencen purata setipa orang bersara dari syarikat perusahaan yang menyertai insurans pencen telah mencatat 963 yuan sebulan pada tahun lalu. Dewan Negara China memutuskan bahawa China akan terus meningkatkan pencen orang yang bersara dari perusahan pada tahun 2008 hingga tahun 2010."

Selain perubatan dan tindakan menjamin kesejahtaraan orang tua, pendidikan kepada anak-anak turut diberikan perhatian oleh warga China. Fu Qin, 15 tahun, seorang gadis dari kampung telah datang ke bandar Chengdu datang ke bandar itu bersama-sama dengan ibu bapanya yang bekerja di bandar itu. Kini, dia sedang belajar di sebuah sekolah di Chengdu. Di sini, yuran sekolah, yuran buku dan yuran asramanya dikecualikan. Dia juga boleh mendapat subsidi sebanyak 100 yuan RMB setiap bulan. Katanya: "Kini, kerajaan telah mengeluarkan beberapa dasar penting. Contohnya, kerajaan Chengdu telah melaksanakan projek 'burung phoenix emas' yang bertujuan untuk menyelesaikan masalah pendidikan anak-anak dari keluarga miskin. Atas projek itu, saya dapat meneruskan pelajaran di bandar ini tanpa membayar yuran."

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |