Pemimpin Liga Arab, Jepun dan Ethiopia menyampaikan simpati kepada China terhadap kawasan selatan China yang dilanda bencana salji kelmarin. Media A.S., Republik Korea dan Pakistan turut menyatakan kagum terhadap usaha kerajaan dan rakyat China bertungkuslumus memulihkan suasana itu.
Akhbar "Herald Economy" Republik Korea telah menerbitkan rencana yang menyanjung tinggi semangat penghantaran bantuan dalam kerja-kerja menyelamat kerajaan dan rakyat China.
Sementara itu, pegawai di Kedutaan Besar China ke Britain, orang Cina di Thailand, orang Cina dan perantau China di Britain dan Malaysia telah menderma wang untuk mangsa kejadian.
|