Menurut Agensi Berita Xinhua China, China telah mencapai hasil dalam usaha membendung bencana salji dan menjamin bekalan arang batu, elektrik dan minyak.
Setakat pagi kelmarin, sebanyak lebih 6,000 buah kenderaan yang terperangkap sepanjang lebuh raya di Provinsi Guangdong dan Hunan telah berjaya dikeluarkan. Ini menunjukkan lebuh raya Beijing-Zhuhai, iaitu laluan utama utara-selatan China telah pulih operasinya. Kecuali beberapa lapangan terbang kecil yang tiada kemudahan penghapus ais, semua lapangan terbang awam di China telah beroperasi seperti biasa.
Pada masa ini, jaringan pembekal tenaga elektrik beroperasi dengan stabil di seluruh China kecuali Provinsi Hunan, Jiangxi dan Guizhou. Bekalan arang batu dan minyak di kawasan bencana salji juga telah pulih.
|