Hari ini merupakan hari menjelang Tahun Baru China. Menurut tradisi China, orang China akan meraikan perayaan tradisional itu bersama-sama dengan ahli keluarga mereka.
Bencana salji yang melanda kawasan selatan China bermula pertengahan Januari lalu telah menjejaskan rangkaian pengangkutan. Berjuta-juta orang terkandas dalam perjalanan kampung. Sekarang, dengan adanya usaha pelbagai pihak, sistem pengangkutan di pelbagai tempat di China beransur-ansur pulih beroperasi dan kebanyakan penumpang yang terkandas telah berkumpul dengan anggota keluarga mereka.
|