China telah mencapai hasil dalam kerja-kerja menangani bencana salji. Pusat Pencegahan Bencana dan Jaminan Bekalan Elektrik, Minyak dan Pengangkutan pimpinan Dewan Negara China mengumumkan kelmari, setakat in, tiada penumpang yang terkandas di pelbagai stesen utama. Jalan raya telah pulih operasinya. Semua lapangan terbang awam di China telah beroperasi seperti biasa. Jaringan pembekal tenaga elektrik beroperasi dengan stabil dan bekalan arang batu dan elektrik juga telah pulih.
Pusat itu telah mengeluarkan kenyataan yang menuntut pelbagai institusi berkenaan berwaspada malapetaka akibat bencana salji itu, meningkatkan kerja-kerja pencegahan dalam bidang bencana, pencemaran alam dan kesihatan awam serta menjamin keselamatan harta benda orang awam.
|