v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pemimpin China Ziarahi Penduduk di Kawasan yang Dilanda Bencana Salji Sempena Tahun Baru China

2008-02-07 15:43:26 CRI

Tahun Baru China merupakan hari kebesaran tradisional yang paling penting bagi rakyat China. Tidak lama dahulu, beberapa kawasan di bahagian selatan China telah dilanda bencana salji. Sempena Tahun Baru China, pemimpin-pemimpin China telah menziarahi penduduk di kawasan tersebut dan mengucapkan selamat Tahun Baru China kepada mereka.

Bermula pada pertengahan Januari yang lalu, bandar Guilin di selatan China telah dilanda bencana salji, seramai lebih 2.68 juta orang penduduk telah terlibat dalam bencana tersebut. Presiden China Hu Jintao telah mengadakan tinjauan ke bandar itu pada petang 5 Februari yang lalu. Beliau telah mengangkat barang bantuan bersama-sama dengan tentera di lapangan terbang.

Pagi kelmarin, Presiden Hu Jintao telah meninjau kaunti Ziyuan yang dilanda bencana paling serius di bandar tersebut. Pengangkutan, telekomunikasi, bekalan air minum dan elektrik di kaunti tersebut telah terputus akibat bencana tersebut. Presiden Hu Jintao telah menziarahi para pekerja yang sedang membaiki jaringan elektrik. Beliau berkata: "Sempena menyambut Tahun Baru China, saudara sekalian masih berusaha untuk memulihkan bekalan elektrik. Saya mengucapkan banyak terima kasih kepada semua pekerja di sini."

Presiden Hu Jintao telah menziarahi Encik Yan Defa, seorang petani di kaunti Ziyuan menjelang Tahun Baru China. Beliau berkata: "Kami di Beijing amat memerhatikan penduduk di kawasan ini. Kami datang ke sini untuk menziarahi anda."

Presiden Hu telah bertanya penduduk tentang keadaan bencana. Setelah dimaklumkan oleh penduduk tempatan bahawa kerajaan telah menyediakan bantuan kepada mereka, Presiden Hu Jintao berkata kepada pegawai tempatan bahawa: "Tugas yang paling mendesak pada masa sekarang adalah untuk menjamin bekalan makanan, pakaian, selimut dan perkhidmatan perubatan untuk penduduk yang terlibat dalam bencana tersebut agar mereka dengan bahagia menyambut Tahun Baru China. Setelah sambutan Tahun Baru China berakhir, kerajaan harus membantu mereka untuk mengadakan pembangunan semula."

Dalam perjalanan meninggalkan kaunti Ziyuan, Presiden Hu Jintao telah berjumpa dengan lori-lori tentera yang menghantar barang bantuan kepada penduduk di kawasan tersebut. Presiden Hu Jintao berkata kepada askar bahawa: "Besok merupakan Tahun Baru China, kita harus segera menghantar barang-barang keperluan kepada penduduk di kawasan itu agar mereka dapat menyambut hari kebesaran tersebut dengan bahagia dan meriah."

Pada pagi 5 Februari yang lalu, Perdana Menteri China Wen Jiabao telah mengadakan tinjauan ke provinsi Guizhou yang dilanda bencana salji. Di kampung Guanyin yang setinggi 1200 meter di atas paras laut, Wen Jiabao telah berjalan kaki melalui jalan yang sempit di gunung untuk menziarahi pekerja yang membaiki kemudahan bekalan elektrik.

Wen: "Saya hendak mendaki ke atas."

Kaki tangan: "Janganlah Tuan, Tuan boleh menggunakan mikrofon."

Wen: "Saya hendak bercakap-cakap dengan mereka."

Pekerja: Tuan, jangan naik ke atas, amat berbahaya."

Wen: "Saya datang menziarahi semua pekerja dan mengucapkan selamat Tahun Baru China kepada anda semua."

Pekerja: "Kami juga ucapkan selamat Tahun Baru China kepada tuan."

Wen: "Saya bagi pihak Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China dan Dewan Negara untuk mengucapkan terima kasih kepada anda semua."

Pekerja: "Terima kasih tuan."

Wen: "Anda tidak dapat balik ke rumah sempena Tahun Baru China. Silakan kirim salam saya kepada anggota keluarga anda."

Pekerja: "Terima kasih tuan."

Perdana Menteri Wen Jiabao telah tiga kali mengadakan tinjauan ke kawasan yang dilanda bencana salji dalam tempoh 9 hari yang lalu. Beliau menegaskan bahawa memulihkan bekalan elektrik amat penting dalam operasi penyelamatan bencana di provinsi Guizhoou. Presiden Hu Jintao dan Perdana Menteri China Wen Jiabao telah menaruh perhatian yang tinggi terhadap bekalan barang-barang keperluan kepada penduduk di kawasan bencana untuk menyambut Tahun Baru China.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |