Ketua Eksekutif Program Alam Sekitaran PBB (UNEP), Achim Steiner dan Ketua Eksekutif Program Petempatan Manusia PBB (UN-HABITAT), Anna Tibaijuka di Nairobi baru-baru ini menyatakan, UNEP dan UN-HABITAT menyanjung tinggi usaha dan hasil China dalam menyelamatkan bencana salji.
Mereka berkata demikian ketika menemui Duta Besar China ke Kenya yang juga wakil China ke UNEP dan UN-HABITAT, Zhang Ming. Mereka berpendapat, selepas bencana salji berlaku, kerajaan China segera melaksanakan tindakan untuk menyelamatkan mangsa dan mengurangkan kerugian. Mereka menghargai tindakan China tersebut dan juga menyatakan simpati kepada mangsa-mangsa China. Mereka berkeyakinan, kerajaan dan rakyat China dapat mengatasi bencana salji tersebut.
Achim Steiner berpendapat, UNEP bersedia meningkatkan pertukaran dan kerjasama dengan China dalam masalah perubahan iklim.
|