Menurut Agensi Berita Xinhua China, kelmarin merupakan Tahun Baru China, badan-badan berkenaan di pelbagai tempat di China terus menjalankan operasi penyelamatan di kawasan-kawasan yang dilanda bencana salji.
Kementerian Hal Ehwal Awam China telah menjalankan operasi penyelamatan di kawasan-kawasan yang dilanda bencana salji untuk mengatasi masalah kehidupan rakyat yang terlibat dalam bencana tersebut. Sehingga pukul 6.00 petang kelmarin, kerajaan provinsi Hunan, Guizhou dan Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi telah memperuntukkan 370 juta yuan RMB dan menyediakan kira-kira 30 ribu tan bahan makanan kepada penduduk yang terlibat dalam bencana tersebut.
Seramai lebih 6600 orang askar China masih menjalankan operasi penyelamatan di bahagian selatan China, termasuk membersihkan ais dan salji di jalan raya dan menghantar barang bantuan.
Grid Kuasa Selatan China telah mengumpulkan seramai 40 ribu orang pekerja untuk membaik pulih bekalan elektrik. Kini, jaringan utama grid tersebut telah pulih beroperasi secara stabil.
Sehingga malam kelmarin, penduduk pelbagai tempat di China telah menderma wang dan barang bantuan yang bernilai lebih satu bilion yuan RMB bagi kawasan-kawasan yang dilanda bencana tersebut.
|