Menurut Agensi Berita Xinhua China, badan-badan berkenaan di pelbagai kawasan di China terus giat menjalankan operasi penyelamatan bencana salji.
Kini, Kementerian Kereta Api China telah berjaya menghantar 2400 tan arang batu untuk janakuasa elektrik ke provinsi Sichuan. Grid Kuasa Yichang Provinsi Hubei dan Grid Kuasa Selatan China telah memulihkan bekalan elektrik. Lapangan terbang terakhir yang tertutup akibat bencana salji di provinsi Guizhou telah dibuka semula.
Persatuan Buddha China dan Persatuan Taoisme China telah menderma lebih 3.7 juta yuan RMB bagi penduduk di provinsi Guizhou yang dilanda bencana salji. Setakat ini, pelbagai tempat di China telah menderma wang dan barang bantuan yang bernilai lebih satu bilion yuan RMB bagi kawasan-kawasan yang dilanda bencana salji.
|