Orang Cina dan perantau China di seberang laut memberi perhatian terhadap bencana salji di selatan China baru-baru ini. Mereka aktif memderma wang untuk kawasan bencana itu.
Setakat kelmarin, orang Cina dan perantau China di Sepanyol telah menderwa wang sebanyak lebih sejuta yuan RMB untuk kawasan bencana. Duta Besar China ke Sepanyol Qiu Xiaoqi mengucapkan terima kasih kepada mereka.
Akhbar "Lianhe Zaobao" Singapura menerbitkan rencana pengarang yang bertajuk "Atasi Bencana Salji pada Tahun Baru China" hari ini. Rencana itu berbunyi, kami berasa kagum kerana China berjaya mengawal situasi di kawasan bencana dalam masa yang singkat, menyelesaikan pelbagai masalah dan menstabilkan emosi rakyat.
|