v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Bekalan Elektrik dan Pengangkutan di Kawasan Bencana Semakin Pulih
2008-02-10 16:31:26 Agensi Berita Xinhua China

Seiring dengan kerja-kerja penyelamatan bencana ribut salji mencapai kemajuan, bekalan elektrik dan pengangkutan di kawasan bencana kini semakin pulih.

Menurut Agensi Berita Xinhua China, kini, simpanan arang batu untuk menjana elektrik di seluruh China telah kembali naik. Landasan kereta api, lebuh raya dan jalan raya beroperasi dengan lancar. Penerbangan awam beroperasi dengan normal dan semua lapangan terbang dibuka. Di kawasan yang mengalami bencana, jaringan elektrik peringkat provinsi telah dipulihkan. Setakat kelmarin, Syarikat Grid Kebangsaan China telah memulihkan bekalannya terhadap 20.86 juta pengguna, iaitu 92% daripada pengguna yang dihentikan bekalan elektrik.

Sebanyak 6500 daripada 10 ribu buah saluran bekalan tenaga elektrik yang terjejas dalam bencana ribut salji dan menyebabkan bekalan elektrik terputus itu sudah kembali beroperasi kini. Kebanyakan jaringan elektrik di seluruh negara beroperasi dengan stabil. Wilayah yang menghadapi krisis bekalan elektrik di China hanya tinggal dua provinsi sahaja, iaitu provinsi Yunnan dan Guizhou.

Bekalan barang-barang keperluan harian di kawasan bencana juga stabil. Harga daging dan telur serta sayur-sayuran di kawasan tersebut mula turun kelmarin berbanding hari sebelumnya, manakala harga minyak masak dan bahan api kekal stabil.

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |