Pusat Arahan Kecemasan untuk Pengangkutan Arang Batu, Minyak dan Bekalan Elektrik, Dewan Negara China mengadakan sidang di Beijing kelmarin untuk mengaturkan kerja penyelamatan terhadap kawasan pergunungan dan terpencil bagi menjamin kehidupan asas penduduk di kawasan tersebut.
Menurut Agensi Berita Xinhua China, dalam sidang tersebut ditegaskan, kerja-kerja penyelarasan penyelamatan terhadap kawasan pergunungan dan terpencil perlu ditingkatkan, bantuan wang ihsan kepada mangsa bencana salji mesti diberikan segera, menjamin mangsa dibekalkan makanan, pakaian, tempat tinggal dan perkhidmatan perubatan. Sementara itu, kerajaan juga harus menyokong penyelamatan diri mangsa di kawasan pergunungan dan terpencil dan mempercepat pemulihan dan pembangunan semuladi kawasan tersebut.
|