Pusat Arahan Kecemasan Pengangkutan Arang Batu dan Minyak dan Penghantaran Elektrik serta Penyelamatan Bencana Dewan Negara China telah mengadakan sidang kelmarin untuk mengaturkan pengangkutan awam selepas perayaan Tahun Baru China.
Dalam sidang itu dinyatakan bahawa percutian Tahun Baru China akan tamat dan situasi pengangkutan awam amat serius. Berdasarkan sidang itu, pelbagai jabatan harus menumpukan kepada perubahan cuaca dan menetapkan rancangan kecemasan untuk menangani cuaca yang buruk untuk menjamin pengangkutan yang lancar. Langkah-langkah yang harus diambil termasuk: menambah perkhidmatan kereta api khas kepada golongan pekerja dan pelajar, mengumumkan ramalan cuaca dan maklumat mengenai pengangkutan kepada umum dengan segera, di samping menjamin pengangkutan barang-barang keperluan seharian penduduk di kawasan yang dilanda bencana salji.
|