v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

China Jamin Bekalan Bahan Makanan di Kawasan Bencana
2008-02-11 15:47:14 Agensi Berita Xinhua China

Baru-baru ini, jabatan bahan makanan di provinsi Hunan, Guzhou dan Guangxi yang mengalami bencana hujan, salji dan air beku yang amat serius telah mengambil pelbagai tindakan untuk menjamin bekalan bahan makanan di kawasan bencana terutamanya kawasan pergunungan dan terpencil.

Bekalan elektrik di kota Chenzhou, provinsi Hunan telah terputus beberapa lama dan bekalan berasnya kurang. Maka, jabatan bahan makanan Provinsi Hunan telah mengumpul 1,000 tan beras dari Changsha dan Yiyang dan menghantar beras itu ke kota Chenzhou.

Di provinsi Guizhou, sebanyak 50 ribu tan beras telah dihantar dari provinsi lain untuk memenuhi keperluan tempatan.

Kerajaan Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi telah menyediakan lebih 50 ribu tan beras. Antaranya lebih 20 ribu tan beras dihantar ke kawasan bencana Guilin dan Liuzhou untuk memenuhi keperluan bahan makanan di sana.

Difahamkan, bekalan bahan makanan di pelbagai kawasan bencana adalah normal dan harganya stabil.

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |