Kementerian Komunikasi China baru-baru ini mengumumkan bahawa keupayaan sistem bantuan kecemasan lalu lintas China akan meningkat dengan ketara menjelang tahun 2010.
Agensi Berita Xinhua China melaporkan, menjelang tahun 2010, sistem sokongan pengangkutan jalan raya dan air di China akan menjadi lebih sempurna, taraf perkhidmatan keselamatan lalu lintas dan keupayaan sistem bantuan kecemasan akan meningkat dengan ketara. Jumlah kematian kemalangan jalan raya dalam pengangkutan awam akan menurun. Manakala, jumlah kemalangan besar dalam pengangkutan perkapalan akan menurun secara berterusan.
Pegawai Kementerian Komunikasi China menyatakan bahawa China akan mengambil pelbagai langkah untuk meningkatkan pengawasan dan keupayaan bantuan terhadap keselamatan lalu lintas.
|