Pusat Arahan Kecemasan Pengangkutan Arang Batu, Minyak dan bekalan Elektrik Dewan Negara China kelmarin menggesa kawasan-kawasan yang dilanda bencana salji untuk segera memulihkan pengeluaran dan bekalan sayur-sayuran.
Agensi Berita Xinhua China melaporkan, bencana salji telah secara serius menjejaskan pengeluaran sayur-sayuran di beberapa kawasan di China. Badan-badan berkenaan dan kerajaan tempatan dituntut mengambil langkah untuk menjamin bekalan sayur-sayuran.
Diberitakan bahawa pusat arahan tersebut telah mengadakan sidang pada malam 10 Februari yang lalu untuk mengaturkan kerja pembinaan semula grid di kawasan-kawasan yang dilanda bencana salji.
|