Pusat Arahan Kecemasan Pengangkutan Arang Baru dan Minyak, Bekalan Elektrik dan Kerja-kerja menyelamat Dewan Negara China memaklumkan, kerja baikpulih jaringan elektrik di kawasan yang dilanda bencana hujan, salji dan air beku berjalan lancar.
Jaringan elektrik di peringkat provinsi yang terkena bencana juga beroperasi seperti biasa. Dengan usaha jabatan pengangkutan, simpanan arang batu di pelbagai logi jana kuasa elektrik di kawasan bencana terus meningkat.
Penumbang yang balik daripada bercuti Tahun Baru China pada 11 dan 12 Februari lalu, menggunakan kereta api semakin ramai. Jabatan pengangkutan mengambil segala langkah untuk memudahkan perjalanan penumpang termasuk menambah pekerja yang bertugas menjual tiket serta menambah koc.
|