Mesyuarat Dewan Negara hari ini membincangkan kerja menyelamat bencana dan pembangunan semula di kawasa bencana.
Diberitahu usaha menyalurkan bantuan ke kawasan bencana salji tebal dan air beku telah dijalankan dengan jayanya. Pengangkutan dan lalu lintas di seluruh negara dapat dipulihkan, kebanyakan jaringan elektrik dan loji jana kuasa elektrik yang musnah dapat dibaikpulih dan simpanan arang batu di loji jana kuasa elektrik semakin banyak. Mangsa yang terjejas bencana mendapat bantuan dengan segera dan bekalan barangan di kawasan bencana mencukupi.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Wen Jiabao itu menegaskan usaha kerajaan seterusnya akan tertumpu kepada pembangunan semula di kawasan bencana. Pelbagai peringkat pentadbiran dan jabatan perlu mengatur tenaga kerja, barangan dan dana lagi, membaikpulih infrastruktur dan memulihkan segera pengeluaran pertanian.
|