v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

China Giat Menjalankan Pembinaan Semula di Kawasan yang Dilanda Bencana

2008-02-14 17:24:14 CRI

Pegawai Kementerian Hal Ehwal Awam China menyatakan di Beijing hari ini, kerja mengatasi bencana salji dan hujan lebat di selatan China telah mencapai kemajuan yang memuaskan. Sekarang, situasi di kawasan bencana stabil dan bekalan barangan mencukupi. Pelbagai jabatan China akan terus membantu mangsa-masang terjejas dalam bencana itu mengatasi kesukaran, giat menjalankan kerja pembinaan semula di kawasan tersebut.

Semasa mengatasi bencana salji dan hujan lebat yang teruk di kawasan selatan China, kerajaan China telah giat menjalankan kerja penyelamatan untuk menjamin keperluan seharian penduduk tempatan. Naib Menteri Hal Ehwal Awam China, Encik Li Liguo memaklumkan kepada media mengenai kerja penyelamatan terkini di bahagian selatan China. Beliau berkata:

"Atas usaha bersama pelbagai pihak, China telah mencapai kemajuan yang memuaskan dalam mengatasi bencana salji dan hujan lebat di kawasan selatan. Kerja itu telah menjamin bekalan barangan di kawasan bencana mencukupi. Sekarang, masyarakat tenteram di kawasan yang dilanda bencana itu.

Sejak pertengahan Januari lalu, bencana salji dan hujan lebat telah melanda sesetengah kawasan di selatan China. Setakat ini, bencana tersebut mengakibatkan 107 orang mati dan 8 orang hilang. Kerugian ekonomi di kawasan itu telah mencatat 110 bilion yuan RMB.

Sejak bencana itu berlaku, kerajaan China telah mengberikan barang-barang bantuan termasuk dua juta buah baju tebal dan khemah serta memperuntukkan 2.7 bilion yuan RMB bagi menyelamat dan membantu mangsa-mangsa bencana itu. Setakat ini, tidak berlaku kejadian kecemasan terhadap kesihatan awam seperti wabak penyakit di kawasan tersebut.

Namun, Li Liguo berkata, disebabkan bencana itu telah membawa pengaruh yang amat teruk kepada kawasan berkenaan, banyak rumah dimusnahkan dan industri pertanian terjejas teruk. Maka, kerja bekalan barang-barang keperluan seharian, pemulihan pengeluaran serta pembinaan semula masih menghadapi cabaran yang besar. Beliau berkata:

"China akan meningkatkan usaha membantu mangsa-mangsa bencana itu mengatasi kesukaran. Di samping itu, kerja pembinaan semula terhadap rumah penduduk awam akan dilaksanakan dengan secepat mungkin. Kami juga menyediakan perkhidmatan perubatan untuk mencegah wabak dan menjamin bekalan barang-barang keperluan seharian "

Berdasarkan rancangan berkenaan, China akan menyelesaikan kerja pengiraan dan pemeriksaan terhadap rumah-rumah awam yang musnah dalam bencana tersebut sebelum penghujung bulan ini dan menyelesaikan pembinaan semula sebelum penghujung Jun tahun ini. Selain itu, kerajaan pusat China telah memperuntukkan 1.75 bilion yuan RMB untuk menjamin pembekalan bahan makanan di kawasan yang terjejas bencana.

Bencana itu juga menjejaskan industri pertanian di kawasan berkenaan. Pegawai Kementerian Pertanian China, Puan Zhang Yuxiang menyatakan:

"Kerajaan kita berusaha untuk menjalankan kerja penyelamatan, di samping membantu rakyat tempatan memulihkan pengeluaran. Kami akan menyediakan perkhidmatan teknologi dan membantu mereka supaya pengeluaran yang normal dapat dipulihkan dengan secepat mungkin."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |