Pusat Arahan Kecemasan Pengangkutan Arang Batu dan Minyak, Bekalan Elektrik dan Menyelamat Dewan Negara China memberi jaminan kelmarin, bekalan arang baru bagi menjana elektrik mencukupi, malahan simpanan arang batu di pelbagai loji jana kuasa elektrik semakin banyak.
Sebelum ini, ketika dilanda bencana hujan dan salji, pengangkutan di beberapa kawasan China terputus menyebabkan bekalan arang batu di banyak loji jana kuasa elektrik amat kurang. Sehingga 13 Februari lalu, simpanan arang batu di loji-loji jana kuasa tersebut boleh digunakan dalam tempoh 13 hari lagi.
Di samping itu, pengangkutan kereta api, jalan raya dan penerbangan awam di China berjalan lancar kelmarin, jaringan elektrik dipulihkan dan barang-barang keperluan untuk penduduk di kawasan bencana mencukupi.
|