Suruhanjaya Pengawalan Elektrik Negara China (SERC) menyatakan, semua jaringan elektrik China akan dipulihkan menjelang penghujung Mac.
Bencana hujan dan salji tebal menyebabkan jaringan elektrik di 13 buah provinsi di China musnah, mengakibatkan bekalan elektrik di hampir 170 buah kaunti terhenti.
Kerja-kerja baik pulih jaringan elektrik itu sedang dijalankan dengan teratur.
SERC menegaskan, dalam proses pembaikpulihan jaringan elektrik, jabatan berkenaan perlu menggubal rancangan saintifik dan terlebih dahulu memastikan bekalan elektrik mencukupi terhadap orang ramai, hospital, sekolah dan pusat pengangkutan di kawasan bencana.
|