Pusat Arahan Kecemasan Pengangkutan Arang Batu, Minyak dan Bekalan Elektrik serta Bantuan Bencana, Dewan Negara China malam kelmarin memaklumkan, perkhidmatan pengangkutan termasuk kereta api, pengangkutan jalan raya dan penerbangan awam kini beroperasi degan normal. Pengangkutan awam sempena Tahun Baru Cina berjalan dengan selamat dan teratur.
Menurut Agensi Berita Xinhua China, bencana ribut salji yang melanda kawasan selatan China sejak setengah bulan Januari lalu teruk menjejaskan pengangkutan, bekalan tenaga dan kehidupan penduduk tempatan. Sempena musim perayaan ini, jumlah penumpang bertambah dengan berkali ganda.
Setakat pukul 5.00 petang kelmarin, pengangkutan kereta api, jalan raya dan penerbangan beroperasi dengan normal.
|