Setelah kerja-kerja pembaikpulihan dijalankan, 95.9% pelanggan perusahaan perindustrian bagi Grid Tenaga Selatan China yang terjejas dalam bencana rebut salji telah memulihkan pengeluarannya.
Sejak Januari hingga 16 Febuari lalu, sebanyak lebih 50 ribu buah pelanggan perusahaan perindustrian bagi Grid Tenaga Selatan China memulihkan pengeluaran mereka, angka itu menduduki 95.9% jumlah perusahaan perindustrian yang terpaksa menghentikan pengeluaran akibat bencana itu. Difahamkan, bencana rebut salji kali ini menyebabkan 7,000 laluan bekalan elektrik terputus dan lebih 850 buah pencawang elektrik ditutup. Kini, lebih 80% laluan bekalan elektrik dan pencawang telah dipulihkan.
Menurut rancangan Syarikat Grid Tenaga China, semua kerja-kerja pemulihan bagi bekalan elektrik di selatan China akan selesai menjelang Mac nanti.
|