Untuk membantu kawasan bencana mengadakan pembangunan semula, dan menjamin keperluan akibat penanaman pada musim bunga dipenuhi dan kehidupan rakyat, Persekutuan Syarikat-syarikat Kerjasama Pembekalan dan Pemasaran Seluruh China giat mengambil langkah-langkah untuk mengatasi bencana dan menjamin aktiviti penanaman pada musim bunga berjalan lancar.
Pusat Arahan Kecemasan Pengangkutan Arang Batu dan Minyak, Bekalan Elektrik dan Bantuan Bencana Dewan Negara China memaklumkan kelmarin, selepas bencana salji berlaku, Persekutuan Syarikat-syarikat Kerjasama Pembekalan dan Pemasaran Seluruh China telah meningkatkan usaha untuk menjamin bekalan bahan perladangan seperti baja kimia di kawasan bencana, dan menyelaraskan pembekalan produk pertanian, barang-barang kegunaan harian dan lain-lain yang berkaitan erat dengan kehidupan rakyat di kawasan bencana untuk menjamin penanaman pada musim bunga berjalan lancar.
|