Pusat Arahan Kecemasan Pengangkutan Arang Batu dan Minyak, Bekalan Elektrik dan Bantuan Bencana Dewan Negara China mengeluarkan pekeliling hari ini mengenai penggubalan rancangan pemulihan dan pembangunan semula selepas bencana salji.
Pekeliling itu menuntut pelbagai tempat yang terjejas dalam bencana kali ini mempercepat kerja-kerja berkenaan, menyelaraskan tenaga manusia, barang dan wang untuk membaik pulih infrastruktur dan memulihkan pengeluaran perindustrian dan pertanian, menjamin kehidupan rakyat, berusaha bersungguh-sungguh untuk mengatasi bencana.
|