Jurucakap Kementerian Kesihatan China, Mao Qun'an hari ini menyatakan di Beijing, sehingga ini , kejadian kesihatan awam yang serius tidak berlaku di kawasan yang dilanda bencana..
Beliau berkata, Kementerian Kesihatan sedang meningkatkan pengawalan dan pemeriksaan kesihatan terhadap makanan dan air minuman tempatan, mencegah kejadian kecemasan terhadap kesihatan awam seperti merebaknya wabak penyakit disebabkan pencemaran makanan dan minuman. Selain itu, penduduk di kawasan bencana diingatkan supaya menangani sampah-sarap harian dan bangkai ternakan ayam dan binatang lain dengan baik supaya mengelak pencemaran sekitar alam.
|