Naib Ketua Jabatan Perhutanan China, Zhu Lieke berkata di Beijing hari ini, bencana salji yang berlaku di sebahagian kawasan selatan China sejak pertengahan Januari lalu mengakibatkan 10% hutan China terjejas.
Dalam sidang akhbar yang diadakan oleh jabatan penerangan Dewan Negara, beliau berkata, bencana itu akan menjejaskan secara serius pencapaian sasaran kadar liputan hutan China sebanyak 20% pada tahun 2010.
Sehingga penghujung tahun lalu, kadar liputan hutan China telah melebihi 18%.
Beliau berkata, bagi menangani hal ini, jabatan perhutanan China akan berusaha supaya kerja penyelamatan terlaksana menurut sasaran tersebut.
|