Provinsi Jiangxi, Hubei dan Guangdong di bahagian selatan China menggubal rancangan pemulihan dan pembangunan semula wilayah selepas bencana salji.
Perusahaan dan orang perseorangan di Provinsi Jiangxi yang dilanda bencana akan menikmati dasar keutamaan cukai, iaitu bayaran cukai mereka dijangka dipotong sebanyak lebih 400 juta yuan RMB.
Di Hubei, kerajaan menghantar pakar-pakar untuk membimbing kaum tani mengurus pengeluaran pertanian.
Di Guangdong dan Guizhou, kerja membaik pulih jaringan elektrik dan tenaga sedang dijalankan.
|