v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

China Giat Mengurangkan Kerugian Perhutanan Akibat Bencana Salji

2008-02-19 17:03:23 CRI

Sekarang, badan perhutanan China melaksanakan siri tindakan bagi mengurangkan tahap kerugian yang dialami oleh industri perhutanan akibat bencana salji yang melanda selatan China pada pertengahan bulan Januari lalu.

Bencana itu telah melanda 20 provinsi dan bandar di China dan menyebabkan kerugian ekonomi secara langsung melebihi 110 bilion Yuan RMB, antaranya industri perhutananlah yang terjejas dengan teruk.

Naib Pengarah Jabatan Pentadbiran Perhutanan Negara China, Zhu Lieke dalam sidang akhbar yang diadakan di Beijing hari ini telah memaklumkan jumlah kerugian yang dialami industri perhutanan dalam bencana tersebut. Katanya: "Berdasarkan statistik terkini, kira-kira 18.6 juta hektar kawasan hutan di 19 provinsi telah dilanda bencana, 30 ribu ekor haiwan liar mati dan cedera dan kemudahan-kemudahan industri perhutanan mengalami kerosakan yang teruk. Kerugian ekonomi yang dialami dalam industri perhutanan mencecah 57.3 bilion Yuan RMB, dan angka ini dijangka akan terus meningkat."

Zhu Lieke berpendapat bahawa bencana ini akan memberi kesan negatif kepada pembangunan perhutanan dan keadaan ekologi China dalam masa beberapa tahun akan datang. Sehingga akhir tahun lalu, kadar liputan hutan di China telah melebihi 18%. Kawasan yang dilanda bencana kali ini pula merupakan tempat yang mempunyai sumber perhutanan yang paling kaya di China.

Ketua Pengarah Bahagian Sumber Jabatan Pentadbiran Perhutanan Negara, Xiao Xingwei berkata, jika dilihat secara makro, bencana salji itu tidak akan mendatangkan kesan yang terlalu teruk kepada ekologi China pada keseluruhannya. Walau bagaimanapun, menurut beliau, bencana itu telah menyebabkan keluasan hutan di beberapa tempat merosot dengan mendadak dan kepelbagaian biologi terjejas teruk. Perkara ini mungkin akan menyebabkan pelbagai bencana berlaku di tempat-tempat berkenaan, seperti runtuhan dan luncuran tanah di kawasan pergunungan, kebakaran hutan dan bencana serangga perosak.

Sehubung dengan itu, badan perhutanan China telah merancang tindakan secara teliti dan bersepadu bagi mengurangkan kesan bencana secara maksimum. Xiao Xingwei berkata: "Pertama sekali, kami akan membuat penyelidikan dengan teliti terhadap kawasan yang dilanda bencana untuk mengetahui kesannya terhadap sumber perhutanan. Selain itu, kami akan meningkatkan usaha penanaman pokok di tempat-tempat yang dilanda bencana dan memulihkan keadaan ekologi di sana secepat yang mungkin."

Sementara itu, badan berkenaan juga akan berusaha membantu sektor perhutanan memulihkan pengeluaran mereka, memastikan bekalan kecambah yang mencukupi dan menghantar juruteknik yang perfesional untuk membantu usaha pembangunan semula di kawasan perhutanan.

Naib Pengarah Jabatan Pentadbiran Perhutanan Negara, Zhu Liecheng juga berkata bahawa badan yang berkenaan perlu mengambil iktibar daripada bencana kali ini dan mengubahsuai piawaian tentang pembinaan kemudahaan sektor perhutanan dan mengkaji pembentukan sistem insurans perhutanan agar meningkatkan keupayaan sektor perhutanan ketika menghadapi bencana.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |