Kerajaan China baru-baru ini telah meminta badan-badan kerajaan pelbagai tempat supaya berusaha untuk memulihkan infrastruktur dan pengeluaran perindustrian dan pertanian, mengatur secara baik kehidupan rakyat yang terlibat dalam bencana salji agar segera dapat mengurangkan kerugian akibat bencana tersebut.
Akhbar Renminribao China melaporkan, landasan kereta api, lebuh raya dan perkhidmatan penerbangan awam telah dipulihkan. Bekalan elektrik bagi 94% pengguna Grid Elektrik Selatan China yang terputus bekalannya tempoh hari telah dipulihkan. Harga daging, telur dan sayur-sayuran di kawasan yang dilanda bencana salji kini kian menurun, manakala harga bahan makanan lain dan minyak makan di kawasan tersebut sudah stabil.
|