China akan Berusaha memulihkan pembangunan sektor pelancongan berdasarkan pasaran dalam negeri dan negara-negara jiran.
Jabatan Pentadbiran Pelancongan Negara China dalam sidang yang diadakan di Beijing semalam menegaskan, usaha mengatasi bencana salji telah memasuki tahap pembangunan semula. Badan-badan pelancongan di China digesa berusaha untuk memulihkan pembangunan sektor pelancongan. Jabatan itu menyatakan China akan mengutamakan pelancongan dalam negeri serta berusaha untuk menarik pelancong dari Jepun, Republik Korea dan Asia Tenggara untuk melawat China.
|