Bekalan elektrik untuk semua kawasan-kawasan di China yang gridnya terputus akibat bencana salji telah dipulihkan.
Pusat Arahan Kecemasan Pengangkutan Arang Batu, Minyak dan Bekalan Elektrik Dewan Negara China menyatakan, bekalan elektrik dan pengangkutan arang batu di kawasan-kawasan tersebut amat stabil, projek membaik pulih kemudahan telekomunikasi di kawasan-kawasan tersebut sedang giat dijalankan.
Kerajaan pelbagai peringkat telah meningkatkan peruntukan untuk menjamin kehidupan asas penduduk yang terlibat. Sehingga semalam, kerajaan 8 provinsi termasuk Hunan, Guizhou, Jiangxi dan Anhui telah menghantar lebih 7.7 juta orang penyelamat dan menyediakan peruntukkan sejumlah 1.5 bilion yuan RMB untuk menjamin kehidupan penduduk di kawasan yang dilanda bencana.
|