v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pelancongan Industri Menjadi Pakej Pelancongan yang Menarik di Tianjin China

2008-02-25 15:36:14 CRI

Pelancongan industri sedang berkembang pesat di pelbagai tempat di China dan telah menjadi pakej pelancongan yang menarik. Tianjin yang terletak di utara China merupakan salah sebuah pangkalan industri di China pada zaman moden. Melalui perkembangan selama lebih seratus tahun, Tianjin kini mempunyai sumber pelancongan industri yang kaya.

Pelancongan industri merupakan pakej pelancongan yang laluannya terdiri daripada pusat pengeluaran, kilang dan keadaan tempat bekerja. Kini, enam pusat pelancongan industri termasuk Syarikat Wain Dinasti dan Pelabuhan Tianjin terletak di Tianjin. Naib Biro Pelancongan Tianjin, Jin Tielin berkata: "Pelancongan industri di Tianjin berkembang lebih lewat, namun asasnya kukuh. Tianjin merupakan pangkalan industri yang lama. Mentol lampu, telefon, jam tangan dan basikal pertama buatan China contohnya, semuanya dikeluarkan di Tianjin. Oleh itu, Tianjin memang mempunyai sumber pelancongan industri yang kaya."

Beliau menyatakan bahawa pelancongan industri telah mencapai kemajuan di Tianjin pada beberapa tahun kebelakangan ini. Sebagai contoh, pelabuhan Tianjin telah merancang dasar "pelancongan industri di atas laut" pada tahun 2006 dan menyediakan perkhidmatan nasihat dan talian penting pelancongan. Pelabuhan Tianjin telah memperoleh keuntungan yang besar dalam bidang pelancongan industri pelabuhan pada tahun 2007. Pada tahun lalu pelabuhan Tianjin telah menerima lebih 120 ribu orang pelancong dan jumlah itu meningkat dua gali ganda berbanding tahun 2006.

Selain itu, 20 buah projek industri yang sedang dibina telah dimasukkan dalam program pembangunan pelancongan di Tianjin. Projek tersebut akan menjadi sumber pelancongan industri yang berharga. Dimaklumkan juga bahawa antara projek pembinaan tersebut seperti projek pemasangan pesawat Air Bas A320 di Tianjin dan pangkalan pembuatan roket baru telah menyediakan laluan untuk memudahkan para pelawat.

Ketua Jabatan Dasar dan Peraturan Biro Pelancongan Tianjin, Yin Dayong berpendapat, industri berteknologi canggih itu menarik perhatian orang ramai. Pelancongan industri tersebut boleh memenuhi rasa ingin tahu para pelancong. Mereka juga boleh menambah pengalaman dan pengetahuan semasa bercuti. Namun, pasti masih terdapat kekurangan dalam pelancongan industri di Tianjin. Encik Yin Dayong berkata: "Sesetengah industri tidak mempunyai asas yang kukuh. Bagitu juga ada orang antaranya yang enggan menawarkan pakej pelancongan disebabkan tugas pengeluaran mereka adalah besar. Selain itu, kami juga tidak mampu untuk meningkatkan peruntukan dalam bidang itu ."

Biro Pelancongan Tianjin menyatakan bahawa pihaknya akan meningkatkan tawaran produk pelancongan industri yang baru di bandar itu memastikan semua pusat pelancongan industri di Tianjin selaras dengan piawaian kebangsaan dalam aspek jumlah pelancong, keuntungan perniagaan, keuntungan sosial dan keuntungan alam sekitar. Tianjin berhasrat untuk menawarkan pakej pelancongan industri yang langkah demi langkah dan mencipta jenama pelancongan industri di Tianjin.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |