v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

China Mula Meminda Undang-Undang Perlindungan Orang Kurang Upaya
2008-02-26 11:41:27 CRI

Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China memulakan kerja meminda Undang-Undang Perlindungan Orang Kurang Upaya hari ini.

Undang-Undang Perlindungan Orang Kurang Upaya yang sedia ada tidak pernah dipinda sejak dilaksanakan pada 17 tahun yang lalu.

Draf pindaan undang-undang tersebut termasuk penetapan konkrit bagi menjamin penglibatan orang kurang upaya dalam urusan negara dan urusan masyarakat. Kerajaan pelbagai peringkat juga diminta menggubal rancangan pembangunan golongan kurang upaya.

Menurut draf pindaan itu, kerajaan akan memberi subsidi kepada orang kurang upaya yang miskin, dan mengambil tindakan untuk menjamin keperluan asas kehidupan mereka. Di samping itu, kerajaan juga akan menyediakan lebih banyak kemudahan bagi orang kurang upaya, dan meningkatkan hukuman berkaitan ke atas kelakuan yang menjejaskan hak dan kepentingan orang kurang upaya.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |