Seramai 2987 orang telah dipilih sebagai wakil Kongres Rakyat Kebangsaan ke-11 China.
Demikian dimaklumkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan ke-10 yang diadakan di Beijing hari ini.
Senarai nama wakil tersebut akan diumumkan selepas mesyuarat itu mengesahkan kelayakan mereka.
Tugas utama bagi mesyuarat kali ini adalah untuk membuat persiapan bagi sesi pertama Kongres Rakyat Kebangsaan ke-11 yang akan diadakan pada Mac nanti.
|