Kapal angkasa lepas "Shenzhou VII" akan menjalankan misi membawa angkasawan China ke angkasa lepas pada setengah tahun kedua 2008. Kerja-kerja persiapan itu sedang diadakan menurut jadual.
Menurut laporan pegawai program menghantar angkasawan ke angkasa lepas, berdasarkan rancangan, "Shenzhou VII" akan dilancarkan di Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan, provinsi Gansu. Tugas angkasawan itu nanti untuk melaksanakan penyelidikan sains terhadap bahan angkasa lepas dan berjalan-jalan di luar kapal angkasa.
|