v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Anggota Baru Mencatat lebih 50% dalam Sidang Tahunan Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Permesyuaratan Politik Rakyat China yang Akan Dirasmikan

2008-03-02 17:38:21 CRI

Sidang Pertama Jawatankuasa Kebangsaan ke-11 Majlis Permesyuaratan Politik Rakyat China akan dirasmikan di Beijing. Yan Huiying sebagai anggota Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Permesyuaratan Politik Rakyat China yang baru pada 28 Februari akan mengadakan latihan bersama-sama dengan anggota lain yang baru dilantik sebagai persiapan untuk menghadiri sidang tahunan Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Permesyaratan Politik Rakyat China yang akan dirasmikan pada 3 Mac nanti. Beliau berkata bahawa saya mempunyai cita-cita sejak kecil untuk memegang jawatan dalam pentadbiran negara. Sebagai kaum intelek kita bertanggungjawab membantu kerajaan pusat mendengar suara yang berlainan dari orang awam tentang pembangunan negara dan perkara yang melibatkan rakyat jelata serta memberi khidmat kepada rakyat. Beliau pernah melanjutkan pelajaran di Amerika Syarikat dan kembali ke China untuk menguruskan perusahaan selepas memperoleh ijazah sarjana. Banyak projek besar China telah disempurnakan oleh syarikat yang diketuainya itu.

Majlis Permesyuaratan Politik Rakyat China merupakan badan penting yang bekerjasama antara berbilang parti dan mengadakan mesyuarat politik yang dipimpin oleh Parti Komunis China. Majlis permesyuaratan politik ini merupakan cara penting untuk mengembangkan idea demokrasi sosialis, dan memainkan peranan penting dalam kehidupan politik China. Pegawai Jabatan Penerangan Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Permesyuaratan Politik Rakyat China Encik Zhang Jingan berkata, Majlis Permesyuaratan Politik Rakyat China diwakili oleh tokoh-tokoh daripada pelbagai pihak. Anggotanya dari Parti Komunis China mewakili 39.9%, yang bukan dari Parti Komunis China pula mewakili 60.1%.

Profesor Cai Jiming dari Universiti Tsinghua juga merupakan anggota Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Permesyuaratan Politik Rakyat China ini yang mewakili Persatuan Mempermaju Demokrasi China, iaitu salah satu daripada 8 parti demokratik China. Beliau berkata, sejak menjadi anggotanya selama 10 tahun, saya merasakan bahawa anggota Majlis Permesyuaratan Politik Rakyat China telah memainkan peranan yang semakin besar dalam pentadbiran negara dan kehidupan politik negara.

Zhang Jingan berkata bahawa lebih 23000 draf yang diterima semasa diadakan sidang Jawatankuasa KebangsaanMajlis Permesyuaratan Politik Rakyat China ke-10 telah mengemukakan cadangan penting tentang pembangunan negara dan telah memberikan perhatian kepada kepentingan rakyat. Draf tersebut telah memainkan peranan yang semakin penting dalam pembangunan negara selepas diuruskan oleh jabatan yang berkenaan.

Encik Chen Huifeng, Naib Setiausaha Agung Institusi Teori Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Permesyuaratan Politik Rakyat China berkata bahawa pertubuhan itu akan memainkan peranan yang semakin penting dalam kehidupan politik China nanti.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |