Persidangan Pertama Jawatankuasa Kebangsaan Ke-11 Majlis Permesyuaratan Politik Rakyat Chinaakan dirasmikan di Beijing besok. Jurucakap sidang kali ini, Encik Wu Jianmin menyatakan dalam sidang akhbar yang diadakan di Beijing hari ini bahawa pelbagai kerja persiapan untuk sidang itu telah selesai.
Wu Jianmin berkata, agenda utama sidang itu adalah mendengar dan membahaskan laporan kerja Jawatankuasa Tetap CPPCC dan laporan tentang cadangan CPPCC. Para anggota CPPCC akan mengikuti Sidang Pertama Kongres Rakyat Kebangsaan China Ke-11 yang akan dirasmikan pada 5 Mac. Mereka juga akan membincangkan dan meluluskan resolusi politik Sidang Pertama CPPCC Ke-11 serta resolusi dan laporan yang lain.
|