v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Persidangan Tahunan Pertama Jawatankuasa Kebangsaan Ke-11 CPPCC Dirasmikan

2008-03-03 18:23:07 CRI

Persidangan Tahunan Pertama Jawatankuasa Kebangsaan Ke-11 Majlis Permesyuaratan Politik Rakyat China (CPPCC) telah dirasmikan di Beijing hari ini. Seramai lebih 2000 orang anggota CPPCC telah menghadiri sidang tersebut.

Majlis Permesyuaratan Politik Rakyat China merupakan sebuah badan penting yang dipimpin oleh Parti Komunis China bagi melaksanakan kerjasama dengan pelbagai parti yang lain dalam bidang politik dan pentadbiran negara.

Anggota Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Permesyuaratan Politik Rakyat China dipilih 5 tahun sekali. Persidangan hari ini merupakan sidang tahunan yang pertama bagi anggota CPPCC yang baru dipilih. Hu Jintao, Wu Bangguo, Wen Jiabao, Jia Qinglin dan beberapa orang pemimpin kerajaan China yang lain telah menghadiri upacara perasmian persidangan tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Permesyuaratan Politik Rakyat China, Jia Qinglin semasa menyampaikan laporan di hadapan anggota CPPCC dalam persidangan itu, telah mengimbas kembali kerja-kerja yang dilakukan oleh CPPCC dalam tempoh 5 tahun yang lalu dan juga mengemukakan cadangan kepada anggota CPPCC yang baru. Beliau berkata, dalam tempoh 5 tahun yang lalu, CPPCC aktif menjalankan tugasnya melalui mesyuarat politik, penyeliaan demokratik dan usaha pentadbiran negara, dan telah membuat sumbangan penting kepada pembangunan negara dalam bidang ekonomi, politik, kebudayaan dan sosial. Kata beliau, "Kita telah mengemukakan banyak cadangan yang berharga tentang kaedah menjayakan "Rancangan Pembangunan Lima Tahun Ke-11", merealisasikan kehidupan masyarakat yang harmoni, meningkatkan kawalan makro, membangunkan kawasan desa, menerajui usaha inovasi dan mewujudkan masyarakat yang dapat menjimatkan tenaga dan mesra alam."

Jia Qinglin berkata dalam laporannya bahawa Jawatankuasa Kebangsaan CPPCC telah menerima sebanyak lebih 23,000 cadangan daripada anggotanya, antaranya lebih 6000 cadangan adalah tentang isu-isu yang jadi perhatian rakyat. Cadangan-cadangan tersebut telah dipertimbangkan oleh kerajaan China ketika menggubal dasar dan membuat keputusan. Wang Xi, Anggota CPPCC dari Institut Undang-undang Universiti Komunikasi Shanghai pernah mengemukakan cadangan tentang penjimatan tenaga dan pengurangan pelepasan gas rumah hijau kepada Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara beberpa tahun yang lalu. Cadangan beliau telah dilaksanakan melalui dasar kerajaan. Kata beliau: "Dewan Negara China telah mengemukakan siri dokumen tentang penjimatan tenaga dan pengurangan pelepasan gas rumah hijau dan menetapkan matlamat yang konkrit. Sekarang, kerajaan tempatan telah aktif melaksanakan usaha ke arah pencapaian matlamat tersebut."

Ketika menghuraikan usaha CPPCC dalam tempoh lima tahun akan datang, Qia Qinglin berkata, CPPCC akan terus menjalankan usaha yang gigih melalui mesyuarat politik, penyeliaan demokratik dan pentadbiran negara. Kata beliau: "CPPCC akan giat mengemukakan cadangan untuk melaksanakan konsep pembangunan secara saintifik dan menjalankan tugasnya berdasarkan kepentingan asas rakyat, berusaha mendorong keharmonian hubungan antara pelbagai parti, kaum dan pelbagai lapisan masyarakat."

Encik Ma Shouxin yang berusia 70 tahun ialah seorang imam dari Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, China. Beliau telah dipilih sekali lagi menjadi anggota CPPCC. Menurut beliau, CPPCC telah memainkan peranan penting dalam mendorong keharmonian antara penduduk pelbagai kaum yang menganut agama yang berlainan. Kata Beliau: "Sebagai seorang anggota CPPCC, saya berasa amat bangga dan menyedari pentingnya tanggungjawab yang saya pikul. Saya akan memperkenalkan semangat persidangan CPPCC kepada rakyat Xinjiang dan mengemukakan cadangan mereka kepada persidangan kali ini."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |