v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Persidangan Tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan China akan Dirasmikan

2008-03-04 17:51:16 CRI

Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) yang sebagai badan kuasa tertinggi China akan mengadakan persidangan tahunannya di Beijing esok. Sekarang kerja persiapan bagi persidangan itu semuanya telah selesai dilaksanakan.

Wakil-wakil Kongres Rakyat Kebangsaan China dari Wilayah Autonomi Mongolia Dalam telah tiba di Beijing dengan menaiki kereta api pada pagi semalam. Dengan itu, kesemua hampir 3000 orang wakil NPC dari seluruh negara yang menyertai Persidangan Tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan kali ini telah pun tiba di Beijing.

Jurucakap persidangan Kongres Rakyat Kebangsaan China, Jiang Enzhu dalam sidang akhbar yang diadakan di Beijing hari ini berkata: "Persidangan kali ini akan dirasmikan pagi esok dan ditutup pada 18 hari bulan Mac. Ia akan berlangsung selama 13 setengah hari. Kini, kerja persiapan bagi persidangan itu semuanya telah selesai dilaksanakan."

Kongres Rakyat Kebangsaan China merupakan badan kuasa tertinggi China dan bertanggungjawab meminda Perlembagaan dan menggubal undang-undang negara, menjalankan penyeliaan terhadap kerja yang dilaksanakan oleh kerajaan, Mahkamah Tertinggi dan Jabatan Pendakwa Raya Teringgi, membuat keputusan terhadap isu penting dan mengadakan pemilihan pemimpin negara. Wakil Kongres Rakyat Kebangsaan dipilih melalui pemilihan demokratik dan mereka menjalankan tugas selama lima tahun.

Jiang Enzhu berkata: "Dalam tempoh 5 tahun lalu, wakil-wakil Kongres Rakyat Kebangsaan telah mengemukakan lebih 3700 draf, antaranya ada yang telah digubal dalam undang-undang negara atau dijadikan panduan kepada pemindaan undang-undang yang sedia ada."

Persidangan Kongres Rakyat Kebangsaan China kali ini lebih mendapat perhatian yang lebih kerana ia merupakan persidangan tahunan yang pertama kali diadakan selepas wakilnya yang baru dipilih. Jiang Enzhu berkata: "Terdapat 16 agenda dalam persidangan kali ini, termasuk membahas laporan kerja kerajaan, cadangan tentang pembaharuan badan-badan di bawah Dewan Negara dan memilih Presiden dan Perdana Menteri."

Dalam sidang akhbar yang berlangsung selama satu jam setengah itu, Jiang Enzhu telah menjawab lebih 20 pertanyaan wartawan yang meliputi pelbagai aspek, termasuk pembangunan politik demokratik, pembaharuan Dewan Negara China dan peranan sistem Kongres Rakyat. Lebih seribu orang wartawan dari lebih 40 negara akan membuat liputan tentang persidangan tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan China kali ini. Anthony Kuhn, wartawan kanan daripada National Public Radio (NPR) A.S. berkata: "Sebenarnya semakin banyak mesyuarat Kongres Rakyat Kebangsaan China yang telah dibuka kepada wartawan asing beberapa tahun belakangan ini. Ini merupakan satu peluang yang amat baik bagi kami untuk berinteraksi dengan para wakil."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |