v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Bagaimana Anggota Jawatankuasa Kebangsaan CPPCC Menyertai Perbincangan dan Pentadbiran Hal Ehwal Negara

2008-03-04 16:27:59 CRI

Ren Yuling yang berusia lebih 70 tahun telah bertugas sebagai anggota Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Permesyuaratan Politik Rakyat China (CPPCC) selama 15 tahun. Beliau pernah mengemukakan beberapa cadangan mengenai masalah kehidupan rakyat dan telah diterima oleh kerajaan. Beliau tidak lagi dipilih sebagai anggota CPPCC pada tahun ini. Manakala, Xu Xiaolan yang berusia lebih 40 tahun baru sahaja menjadi anggota CPPCC, dan beliau akan memberikan sumbangan dengan menyertai perbincangan dan pentadbiran hal-ehwal negara. Maka, melalui penjelasan mereka, kami sama-sama mengetahui bagaimana anggota CPPCC menunaikan tanggungjawab mereka dan mengemukakan cadangan untuk membaiki hidup rakyat.

"Saya menjadi anggota Jawatankuasa Kebangsaan CPPCC sejak tahun 1993, dan kini, genaplah 15 tahun. Ini merupakan proses belajar bagi saya."

Ren Yuling menyimpulkan melalui pengalamannya dalam menyertai perbincangan dan pentadbiran hal-ehwal negara, bahawa memahami keadaan negara dan memahami keperluan rakyat merupakan prasyarat bagi beliau menjalankan tugasnya, manakala mengetahui realiti, dan menggarap maklumat secara meluas merupakan asas bagi beliau mengemukakan cadangan. Menurut beliau untuk mengemukakan cadangan yang pragmatik, memerlukan pembelajaran berterusan. Dalam tempoh perkhidmatannya, cadangan yang dikemukakan oleh Ren Yuling amatlah banyak dan bermutu tinggi. Beliaulah yang pertama mengemukakan cadangan supaya kerajaan menyusun semula sistem pengurusan pendidikan, memperbaiki pendidikan wajib di desa, mengurangkan atau mengecualikan cukai di desa dan lain-lain, dan cadangan-cadangan tersebut telah dilaksanakan satu per satu seiring dengan pembangunan negara.

Mulai tahun 2006, kerajaan China telah mengecualikan yuran bagi pendidikan wajib di desa. Pada tahun ini, dasar itu dilaksanakan di bandar pula.

Sistem permesyuaratan politik merupakan bahagian penting dalam sistem politik istimewanya di China, dan Jawatankuasa Kebangsaan CPPCC merupakan badan permesyuaratan dan rundingan peringkat tertinggi yang disertai oleh pelbagai golongan masyarakat.

Wang Xi yang telah bertugas sebagai anggota CPPCC untuk 2 penggal, iaitu selama 10 tahun, mempunyai pemahaman sendiri tentang kerjanya. Selaku pakar dalam bidang alam sekitar, cadangannya yang profesional telah memainkan peranan penting bagi pembangunan negara.

"Pada tahun 1998, saya mengemukakan cadangan tentang pemanasan global dan perubahan iklim. Saya mencadangkan supaya kerajaan China memberikan perhatian tentang pengurangan pelepasan gas rumah hijau dan menanam pokok bermanfaat bagi meredakan pemanasan global. Cadangan itu telah diberikan keutamaan oleh Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara. Kerajaan pusat telah mengeluarkan peraturan tentang penjimatan tenaga dan usaha mengurangkan pelepasan gas rumah hijau yang kini sedang dilaksanakan di seluruh China."

Xu Xiaolan yang baru menjadi anggota Jawatankuasa Kebangsaan CPPCC menyatakan, "Saya anggota baru dan daripada bidang industri maklumat. Saya menyediakan 7 buah cadangan profesional. Saya harap dapat menggunakan pengetahuan saya untuk mendorong bukan setakat pembangunan industri maklumat sahaja, malah mendorong pembangunan ekonomi nasional. Saya sedang giat bekerja dalam bidang penyebaran maklumat di desa. Saya harap kerja saya dapat mendorong pembangunan desa, dan cadangan saya pada 5 tahun akan datang juga akan berfokus kepada bidang itu."

Sidang Pertama Jawatankuasa Kebangsaan Ke-11 CPPCC sedang diadakan di Beijing. Antara lebih 2000 orang anggotanya, lebih separuh ialah anggota baru seperti Xu Xiaolan. Mereka menjalankan tugas masing-masing dengan aktif, dan memainkan peranan penting di pentas politik dengan menyertai perbincangan dan pentadbiran hal-ehwal negara.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |