v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Sidang CPPCC dan NPC Menarik Perhatian Pelbagai Lapisan Masyarakat

2008-03-05 16:18:19 CRI

Sidang Tahunan Ke-11 Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) dan Jawatankuasa Kebangsaan Ke-11 Majlis Permesyuaratan Politik Rakyat China (CPPCC) sedang diadakan di Beijing. Kedua-dua sidang itu amat penting dan berkait rapat dengan kehidupan setiap rakyat China. Lantaran itu, kedua-dua sidang itu selalu menarik perhatian ramai. Kedua-dua sidang tersebut merupakan sidang tahunan yang pertama bagi Kongres Rakyat Kebangsaan Ke-11 China dan Jawatankuasa Kebangsaan Ke-11 Majlis Permesyuaratan Politik Rakyat China. Banyak topik baru yang akan dibincangkan dalam sidang tersebut.

Zhang Suorong yang berusia lebih 60 tahun ialah seorang pegawai kerajaan yang telah bersara. Beliau menumpu perhatian yang besar kepada laporan kerja kerajaan. Beliau berkata:

"Laporan kerja kerajaan merupakan rumusan terhadap kerja kerajaan pada tahun lepas. Sama ada Kongres Rakyat Kebangsaan ke-10 telah menunaikan tanggungjawabnya pada tahun lepas dengan baik atau tidak akan diterangkan dalam laporan itu. Tambahan lagi, kita dapat melihat rancangan negara kita pada masa depan dan ini amat menggalakkan."

Beliau juga menyatakan bahawa beliau berasa sangat gembira kerana pada beberapa tahun kebelakangan ini, kerajaan telah mengeluarkan dasar untuk menaikkan pencen bagi rakyat yang bersara sejak beberapa tahun secara berturut-turut.

Seperti dengan Encik Zhang Suorong, terdapat ramai lagi penduduk yang memberikan perhatian besar kepada Sidang CPPCC Sidang NPC dan laporan kerja kerajaan. Yang Jun seorang pekerja di sebuah syarikat iklan di Beijing telah membuat pelaburan dalam pasaran saham China selama 15 tahun. Beliau telah memperoleh 300 hingga 400 ribu yuan RMB dalam pasaran saham. Beliau berpendapat bahawa dengan adanya sidang CPPCC dan Sidang NPC, beliau dapat membantu beliau mengetahui kecenderungan perkembangan ekonomi China. Beliau berkata:

"Saya juga memberikan perhatian besar kepada laporan kerja kerjaaan kerana ia dapat menunjukkan arah aliran perkembangan negara kita. Contohnya, saya mendapati bahawa kerajaan telah mengeluarkan pelbagai dasar keutamaan bagi bidang pertanian, dan ini telah membantu menunjukkan bidang-bidang yang betul yang patut saya laburkan modal dalam pasaran saham."

Dalam Sidang NPC ke-11, kadar wakil petani awam telah meningkat banyak. tiga orang petani yang bekerja di bandar telah dipiih sebagai wakil dalam NPC buat pertama kali.

Zhang Qiang ialah seorang petani yang bekerja di bandar. Beliau meninggalkan kampungnya di kawasan Timur Laut China dan bekerja di Beijing. Beliau berasa amat gembira kerana suara golongan petani yang bekerja di bandar dapat didengar dalam Sidang NPC. Beliau berkata:

"Saya memberikan tumpuan yang besar kepada Sidang NPC dan Sidang CPPCC kerana pada tahun-tahun kebelakangan ini, masalah kehidupan petani yang bekerja di bandar telah menarik perhatian kerajaan. Saya harap ketiga-tiga orang wakil tersebut dapat mewakili suara golongan kami dalam kedua-dua sidang tersebut."

Dalam Sidang NPC dan Sidang CPPCC, para wakil NPC yang mewakili seramai 1.3 bilion rakyat China mentadbir negara dan memutuskan perkara-perkara yang penting. Manakala, para anggota Jawatankuasa Kebangsaan CPPCC mengemukakan cadangan tentang dasar negara atau masalah yang menjadi perhatian ramai. Mereka juga mengumpulkan suara rakyat jelata dan membincangkan masalah-masalah yang berkaitan dengannya dalam kedua-dua sidang tersebut. Lantaran itu, setiap rakyat China amat menumpukan perhatian kepada kedua-dua persidangan ini.

Wei Guoqiang ialah seorang pemandu teksi. Sidang NPC dan CPPCC selalu menjadi topik utama dalam perbualan beliau dengan penumpangnya. Beliau berkata:

"Saya memberi perhatian kepada masalah insurans pekerja, kenaikan gaji, sistem percutian dan lain-lain."

Beliau berharap Sidang CPPCC dan Sidang NPC kali ini dapat membawa lebih banyak berita baik kepada rakyat jelata.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |