v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Kerajaan China Pastikan Rakyat Dapat Menikmati Hasil Pembangunan

2008-03-05 17:07:23 CRI

Perdana Menteri China, Wen Jiabao hari ini telah menyampaikan laporan kerja kerajaan dalam Persidangan Tahunan Pertama Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) yang baru. Laporan itu mengimbas kembali usaha kerjaan dalam tempoh 5 tahun lalu dan mengemukakan cadangan konkrit tentang kerja kerajaan China pada tahun ini. Menangani masalah yang baru dan memberikan perhatian besar terhadap hal-hal yang berkaitan dengan kepentingan rakyat merupakan dua ciri-ciri utama dalam laporan kerja kerajaan tersebut.

Ketika mengimbas kembali kerja kerajaan China dalam tempoh 5 tahun yang lalu, Wen Jiabao terlebih dahulu mengucapkan syabas atas kejayaan yang dicapai oleh China dalam menangani perebakan wabak SARS, bencana salji dan beberapa bencana alam yang lain. Wakil NPC dari Provinsi Liaoning, Wang Shoubin berkata: "Ketika baru sahaja menjalankan tugas, kerajaan penggal ini telah menghadapi wabak SARS yang amat serius. Selain itu, bencana salji yang baru melanda sahaja juga merupakan bencana alam yang luar biasa. Namun, bencana itu telah ditangani dengan baik oleh kerajaan. Hal ini memperlihatkan bahawa kerajaan amat prihatin perhatian kepada kepentingan rakyat dan mempunyai kemampuan yang cukup tinggi".

Ketika mengimbas kembali kejayaan yang dicapai oleh China dalam perkembangan sisoekonomi sepanjang 5 tahun yang lalu, Wen Jiabao menyatakan bahawa pertumbuhan purata tahunan KDNK telah mencatat kadar 10.6%, manakala jumlah penduduk yang menghadapi masalah kemiskinan semakin kurang, di samping itu cukai pertanian pula telah dimansuhkan.

Wen Jiabao juga telah mengemukakan cadangan tentang kerja kerajaan China pada tahun ini. Cadangan-cadangan tersebut melibatkan pelbagai langkah konkrit dalam bidang pendidikan, pengambilan pekerja, perawatan, perumahan, jaminan sosial dan peningkatan pendapatan rakyat. Cadangan-cadangan itu telah memperlihatkan matlamat kerajaan China untuk memelihara kesamarataan masyarakat dan pembangunan secara harmoni.

Antara perkataan penting yang disebut termasuklah, pertama pendidikan. Kerajaan China akan meningkatkan peruntukan sebanyak 90 bilion Yuan RMB lagi berbanding tahun lalu untuk bidang pendidikan. Wen Jiabao berkata: "Yuran persekolahan pendidikan wajib bagi pelajar di bandar akan dimansuhkan bermula musim luruh tahun ini. Tindakan ini bertujuan untuk memastikan bidang pendidikan wajib berkembang dengan seimbang dan mendorong kesamarataan dalam pendidikan."

Perkataan penting yang kedua, pengambilan pekerja,

Kerajaan akan menyediakan sebanyak 10 juta peluang pekerjaan untuk penduduk di seluruh negara dan berusaha mengawal kadar pengangguran agar tidak melebihi di bawah 4.5% serta mendorong sistem pengambilan pekerjaan yang adil untuk penduduk di bandar dan desa.

Perkataan penting yang ketiga, perawatan,

Kerajaan China akan memperuntukan sebanyak 83.2 bilion Yuan RMB untuk mengawal harga ubat-ubatan dan memberikan keutamaan kepada amalan dalam bidang pembaharuan sistem perubatan.

Perkataan penting yang keempat, perumahan.

China akan memperuntukan 6.8 bilion Yuan RMB untuk pelaksanaan sistem penyewaan rumah yang murah pada tahun ini, dan mengemukakan kaedah yang berlainan bagi mengatasi masalah perumahan yang dihadapi oleh keluarga pelbagai lapisan masyarkat.

Perkataan penting yang kelima, jaminan sosial,

Kerajaan pusat China akan memperuntukan 270 bilion Yuan RMB untuk menyempurnakan sistem insurans jaminan sosial dan berusaha mengubahsuai standard bantuan kewangan untuk penduduk yang miskin berdasarkan kenaikan harga barangan."

Wen Jiabao berkata:"Memastikan rakyat dapat menikmati hasil pembangunan ekonomi negara merupakan perkara yang amat penting bagi mendorong keharmonian dan kestabilan masyarakat."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |