China perlu menyusun semula kepesatan, titik berat dan daya kawalan makro untuk mendorong ekonomi berkembang secara baik dan pesat.
Perdana Menteri China, Wen Jiabao berkata demikian semasa menemui anggota-anggota Sidang Pertama Jawatankuasa Kebangsaan ke-11 Majilis Permesyuaratan Politik Rakyat China.
Katanya, China memiliki asas yang kukuh dari segi material dan teknologi setelah mengamalkan dasar pembaharuan dan buka pintu selama 30 tahun. Selain itu, China mempunyai potensi yang tinggi untuk meningkatkan keperluan dalaman, menyusun semula struktur ekonomi, meningkatkan inovasi dan taraf kehidupan rakyat. Keadaan tersebut telah menyediakan syarat yang baik bagi China untuk mendorong pertumbuhan ekonomi pada tahun ini.
|