v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

China Berkeyakinan Memastikan Perkembangan Ekonomi yang Pesat dan Stabil

2008-03-06 15:54:17 CRI

Perdana Menteri China, Wen Jiabao ketika menyampaikan laporan kerja kerajaan dalam Persidangan Tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan China semalam berkata bahawa pertumbuhan ekonomi China dijangka akan mencatat kadar kira-kira 8% pada tahun ini. Walaupun angka itu lebih rendah berbanding kadar yang dijangka oleh pakar dan institusi kewangan antarabangsa, iaitu 10%, namun ia tetap mencerminkan keyakinan China untuk memastikan perkembangan ekonomi negara yang pesat dan stabil.

Pada awal tahun 2007, jangkaan yang dibuat oleh China terhadap pertumbuhan ekonominya pun hanya 8%, sedangkan pada hakikatnya kadarnya telah mencapai 11.4%.

Jadi, apakah faktor-faktor yang mengukuhkan keyakinan kerajaan untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi secara berterusan pada masa akan datang?

Pertama, perkembangan ekonomi China dalam tempoh 30 tahun sejak pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka telah menyediakan asas yang kukuh kepada pertumbuhan ekonomi China secara berterusan. Pertumbuhan ekonomi purata tahunan China telah mengekalkan kadar melebihi 9% sejak tahun 1978. Jumlah KDNK China pun melebihi 24 ribu bilion Yuan RMB pada tahun lalu dan menduduki tempat keempat di dunia.

Pada beberapa tahun kebelakangan ini, kemudahan infrastruktur China telah semakin sempurna khususnya dalam bidang pengangkutan, komunikasi, tali air, manakala dasar dan iklim bagi pertumbuhan ekonomi semakin memanfaatkan. Di samping itu, pertukaran dan kerjasama antara China dengan beberapa banyak negara lain dalam bidang ekonomi dan teknologi juga semakin erat. Perdana Menteri, Wen Jiabao dalam laporan kerja kerajaan itu berkata bahawa China akan terus melaksanakan dasar pembaharuan dan pintu terbuka, berusaha menyelesaikan pelbagai masalah ekonomi yang disebabkan oleh kekurangan dalam sistem pentadbiran dan menyediakan suasana yang lebih baik bagi mendorong perkembangan ekonomi negara.

Selain itu, perkembangan ekonomi China mempunyai potensi yang agak besar. Sekarang, China sedang aktif mendorong proses pengindustrian, perbandaran dan maklumat negara. Perkara ini akan merangsang usaha pelaburan dan perbelanjaan China secara berterusan. China dijangka akan terus meningkatkan usaha pembinaan infrastruktur, terutama dalam bidang landasan kereta api, jalan raya, kapal terbang, pelabuhan, kilang dan komunikasi dalam sesuatu jangka masa yang panjang selepas ini. Selain itu, permintaan terhadap rumah, kereta, barangan elektronik juga akan semakin meningkat seiring dengan peningkatan pendapatan rakyat. Selain itu, produk China dijangka akan menjadi lebih berdaya saing di pasaran antarabangsa berikutan kemampuan inovasi China yang semakin meningkat. Kesemua ini akan menyediakan potensi yang meluas kepada perkembangan ekonomi China secara berterusan pada masa akan datang.

Anggota Jawatankuasa Tetap Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Permesyuaratan Politik Rakyat China yang juga Presiden Kehormat Institut Pengurusan Guanghua Universiti Peking, Encik Li Yining mengatakan bahawa faktor-faktor yang menjamin perkembangan ekonomi China itu tidak akan berubah selepas Sukan Olimpik diadakan pada tahun ini. Oleh itu, ekonomi China akan terus mengekalkan kadar pertumbuhan yang tinggi.

Walau bagaimanapun, tidak boleh dinafikan bahawa China masih menghadapi pelbagai masalah dalam memastikan perkembangan ekonomi yang pesat dan mapan, termasuk masalah kekurangan sumber, pencemaran alam sekitar dan perkembangan yang tidak seimbang antara manusia dengan alam, antara ekonomi dengan sosial dan juga antara bandar dengan desa. Perdana Menteri dalam laporan kerja tersebut telah menghuraikan masalah-masalah itu dengan terperinci. Perkara ini mencerminkan keyakinan China dalam mengatasi masalah tersebut.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |