Presiden China, Hu Jintao menyampaikan ucapan penting mengenai pembangunan hubungan damai kedua-dua pantai Selat Taiwan semasa menemui anggota Majlis Permesyuaratan Politik Rakyat China. Media Hong Kong, Makau dan Taiwan yang melaporkan majlis tersebut, dan berpendapat ucapan itu akan memberikan kesan yang besar bagi hubungan kedua-dua pantai Selat Taiwan.
Akhbar Wenweipo, Hong Kong menyiarkan rencana pengarang yang menyebut, ucapan Hu Jintao tersebut sekali lagi menunjukkan hasrat Tanah Besar China untuk memelihara penyatuan semula negara.
Akhbar Harian Makau menyiarkan rencana pengarang yang menyatakan, ucapan Hu Jintao membangkitkan ancaman daripada kegiatan "kemerdekaan Taiwan" dan lagi menyatakan sikap yang bersahabat, yang dipercayai mengharu rasa orang China dalam dan luar negara.
Akhbar Ettoday Taiwan melaporkan, kandungan utama ucapan Hu Jintao itu adalah menentang "pungutan suara keanggotaan Taiwan dalam PBB" dan "kemerdekaan Taiwan", namun ucapan itu juga menegaskan sekiranya pihak berkuasa Taiwan bersedia mengakui satu China, maka kedua-dua pantai Selat Taiwan boleh mencapai keamanan melalui rundingan.
|