v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

China Berazam untuk Mengawal Harga Barang
2008-03-06 15:48:30 Agensi Berita Xinhua China

China mengambil pelbagai langkah yang berkesan untuk meningkatkan kawalan makro dalam tempoh 5 tahun yang lalu. China berazam akan mencapai matlamat untuk mengawal harga barang pada tahun ini.

Menteri yang Bertanggungjawab Atas Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan China, Ma Kai berkata demikian pada sidang akhbar mengenai Sidang Pertama Kongres Rakyat Kebangsaan Ke-11 China hari ini.

Katanya, kadar pertumbuhan ekonomi China telah mencatat kira-kira 10% berturut-turut dalam tempoh 5 tahun yang lalu. Keberkesanan dan struktur ekonomi China kian diperbaiki dan nescaya akan mencapai matlamat untuk mengawal peningkatan harga barang pada kira-kira 4.8%.

Menteri Kewangan, Xie Xuren dalam sidang akhbar tersebut menyatakan, kerajaan memberikan perhatian yang lebih besar terhadap kehidupan rakyat. Sektor pertanian, masalah desa dan kaum tani serta pendidikan perkara yang dititikberatkan dalam belanjawan negara pada tahun ini.

Presiden Bank Rakyat China, Zhou Xiaochuan berkata, kenaikan nilai RMB yang sesuai akan mengawal inflasi. Selain itu, kerajaan menggalakkan rakyat China untuk melabur di negara asing.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |